Oh...Bapa Mertua Ku....!!!!

Hooo.hohohohoho....
Entri ni macam HOT kan?
Aduhai...haip..haip...aku bukan nak mengata atau mengumpat ayah mertua tau...
Aku menantu kesayangan mana ade nak mengumpat ke ape..

Okay....ayah mertua aku ni aku panggil 'abah'
macam aku panggil ayah sendiri. rasa lebih mesra. kebetulan en.suami juga panggil abah.

Ceritanya macam ni...

Isnin lepas (9 April) en.suami PONTENG kerja...dia tak larat nak drive katanya (alasan semata-mata)
jadi, pagi-pagi isnin tu dia keluar ke kebun dengan abah. Sebab abah ni dah bosan duk kat umah lama-lama agaknya. selama ni kalau sebut kebun je abah memang dilarang/diharamkan untuk pergi sorang-sorang. Bukan apa, kami semua risau dengan kesihatan abah. Dalam usia yang dah menjangkau lebih 65 tahun. Abah memang dah tak kuat untuk buat kerja-kerja berat.

Masa dalam kebun, abang (en.suami) asyik menebas kawasan kebun yang dah bersemak samun berkurun lamanya. Sekali-sekali abang menoleh jugak tengok kat abah, kot-kot la abah ni tak reti duduk diam wat kerja kan. sekali pandang, tengok abah duduk rehat... dua kali pandang, tengoknya abah cuma cabut-cabut rumput...then..bila abang toleh kali ketiga, abah dah sampai ke sebarang parit...haisyh...tak senang hati abang. Hemmm..macam tu la abah setiap kali pergi kebun. macam-macam nak dibuatnya.( orang jawa cakap 'ngelitis'  yang maksudnya tangan tak tahu diam...>>sori ye abah =)


Abang tengok abah seronok je buat kerja sikit-sikit. Dalam hati abang, mungkin abah nak exercise kot..tak ape lah...Tapi, bila dah sampai rumah, abah mengadu yang dia rupanya jatuh masa berjalan atas titi kecil. Adoi....abah,kan dah lebam kaki tu. Puas lah dipujuk ke klinik tapi tak mahu jugak.


Sanggup abah tunggu sampai dekat seminggu juga...menahan sakit. Semalam, jumaat. Mak cerita yang kaki abah dah bengkak. Lebam makin kuat. Abang dah gundah resah, kerja pun tak senang...Ingat kampung, ingat abah. Lepas je kerja, terus bergegas balik kampung. Sayu tengok kaki abah bengkak besar. Dari betis sampai ke tapak kaki... Alahai abah, esok kita pegi kilinik okay??

Alhamdulillah, doktor kata kaki abah cuma bengkak je...lepas di X-ray...tak ada luka dalaman. Mungkin sebab abah ada kencing manis, bengkak lambat nak surut. OKay, lepas ni abah tak boleh ikut pergi kebun...

Alahai BAPA MERTUA KU....


جورازيدا 

0 feedback your: