ToDay pagi2 dah kena terpacak kat hospital..(hospital mane?hehehe..takyah tau...pkul brp?heheehe..jam 9) Alhamdulillah,semua nya selamat dan berjalan dengan lancar (mula2 tu) daftar kat kaunter, tunggu giliran,cek berat badan (minggu lepas cek ada turun hampir 4 kilo..last2 kat hospital tadi naik plak...mane 1 betul???) oke la..tak kisah la mcm mne pun..tapi yg paling tak boleh blah bile..."puan Jurazida" huhuhuhu..malu ada..terharu pun ada....dah sekian2 doc tu bercakap,nak kasi ubat ape...die suh amik darah...takut?? tak la,tak takut pun amik darah..cume, fobia sbb selalu doc susah nak cari urat darah...(sampai boleh hancur tgn kena cucuk)..

Amik La DARAH ni...

korang tau kan amik darah mcm mne??haa..staf tu pun ready la nk amik darah kita..(hensem jugak) dia try byk kali kiri kanan tangan ni kena suntik..huish..rasa mcm die ni tak tau la nk amik darah..sakit la...
berkali2 sampai dah naik penat menahan sakit...


DAN

4x staf tu tukar benda ni..sbb sentiasa tak jumpa urat darah..
(logik kan kalau  boleh penat??)

perasaan?
jgn cakap la, rasa nak sepak je staf tu (tp bukan salah dia..dah mmg susah nak dapat darah) kita dah mula menangis, seingat kita, ini kali pertama kita menangis sebab kena suntik....huhhuhuhuhu

AKHIRNYA
datang la doc yg hensem & yg memang amik kes kita dari pg2 td.."tak dpt lg ke? kesiannya..." terus dia keluar...masuk lagi bilik tu "mari saya yg amik kan"

dia amik pakai benda ni..huhuuhu..sekali ja...walaupun sakit,tapi boleh terima....(dah nangis....)
dia panggil butterfly..

tak boleh lupa sebab time ni 1st time nangis kena suntik....


nota : lain kali nak bawa darah sendiri dari umah, pastu terus kasi kat doc tu....
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu…

tgk post ni...
antara perkara yang terpenting dalam majlis tersebut sudah selesai...terasa sangat lega dan tenang sedikit...merasa agak longgar bila mengenangkan majlis. huh....walaupun yang cantik belum ditempah..tp sekurang-kurangnya untuk diedarkan ke jemaah setempat dah siap. Lepas ni Mr.Mama dan Mrs.Papa boleh la mula megedarkan jemputan. (mulut tak lekang dengan senyum bila tgk kad jemputan nama sendiri) lucu sangat sebab sebelum ni dok tengok kad jemputan orang..

pertolongan...
walaupun dah siap yang itu, tapi still tak dapat nak balik kampung minggu ni (wal hal dah deal dgn Pn.Mak andam nak jumpa dia) bila si Gumuk tak balik, kita pun tak boleh nak balik. jadi kita minta tolong abg si Gumuk bawa kan balik semua kad2 tu. kalau tak macam mana Mr.Mama dan Mrs.Papa nak wat edaran kan?...so, teriMa kasIH yang tak terhingga kepada abg si Gumuk.

okay..dah habis story petang2 ni..kalau ada lagi pun esok kot...

Selamat Petang

sebelum mula kerja.....

hari ni dah janji ngan si Gumuk nak selesaikan "Walimatul Urus" masa rehat (jam 1 tghr) jadi pagi2 deal kena makan kat ofis.macam biasa yang rajin beli makanan pagi2 is KAK LIYA. minta kak liya beli mknn (biasa die beli ns dagang & nasi kerabu je la) tak pe sbb dua2 kita mkn.em, tapi malang sangat beli nasi mentah pulak...hehehe..dalam tak mahu menyusahkan, terpaksa juga menyusahkan (minta si Gumuk belikan mkn)
yang syok nya dia beli nasi air (seh..cepat kanyang n cepat muak sangat2)

okay..aktiviti hari ini..dan semalam pun dah menguruskannya....

akan datang

ni gambar kad jemputan..bila..kat mana...akan diberitahu 1 minggu dari sekrg..dah selesai nanti kita upload ye...

p/s: berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan selamat..
ini untuk kupu-kupu beta...
laalalalalala...
Ana, walaupun ko tak baca..tapi aku tulis jugak

okay,
knp aku panggil dia kupu-kupu?
sebab dia 2pupu aku yg paling dekat ngan aku
kerja 1 opis lagi tau...
gambar ni pun amik dari ofis mate kitorg farell

okay,tak tau nak merepek apa...
korang tengok je la gambar ni ye...

ni gambar masa kat umah ana

ini my Kupu-Kupu
Ana
(cantikkan?berseri2 sgt2)

ni masa kat rumah en.Suami Ana


Selamat Pengantin Baru
Bahagia Selalu...



hai...
selamat pagi dan salam sejahtera semua
hampir setahun jugak tak mengomel dan bercerita kan?sbb nya dah lupa kata laluan..(boleh pulak kan??) ada create blog baru..tapi tak best mcm kat sini..kat sini orang dah tau..then,ada la yang kasi komen2 (ada dari langsung tak ada)

nak cerita pasal ape ek??
okay.....

Cerita Kerja
  1. sejak habis kerja banci (yang membakar kulit menjadi sawo matang tu) memang kita tak ada kerja. puas juga mencari..tapi memang belum ada rezeki. tapi still seronok sebab time tu adalah RAYA time...agak lama beraya dirumah.boleh join Mr. & Mrs. Papa berjalan-jalan dgn adik2 (raya tahun ni tak tau lagi kan)
  2. ni pasal kerja lagi..bulan 10/2010 kita dapat kerja kat upm..(kerani sambilan je)okay la dari tak ada buat apa2..masa ni lagi la penat.buat kerja dari malam ke malam semula.pernah beberapa kali balik sampai subuh. sangat penat....mula2 rasa berbaloi walaupun penat. tp bila dah bercampur2 dengan perangai manusia yang ntah apa2..rasa menyampah pulak..

Cerita Happy

  1. hari konvokesyen..happy sangat sebab selama 3 tahun bertungkus-lumus baca buku, pergi kelas (dating jugak) siapkan asgment..dan yang paling syok bile PITA lulus (walaupun tak dapat A) tapi sangat berbangga dan puas hati sebab kita dah KONVO..okay, walaupun cerita dah agak basi..kita share jugak la gambar2 konvo... tgk r...
gambar ngan mak..abah & iwan

 ni pula gambar dengan jeli & iwan (dua2 adik lelaki kita)

ni dengan mr.Gumuk (tunang kita la)

ni paling tak disangka
(gambar dengan mira, keluarga PACU & keluarga kita

finally..da hot pic..dgn bos akademik

 akhirnya...hope sangat2 lepas ni dapat berkonvokesyen lagi dengan master...

haaaa..itu cerita konvo..banyak lagi nk cerita..

sambung lagi ye....

cerita pasal Baby..

korang ingat tak masa bulan mei tahun lepas kita ade cerita pasal kakak kita yang baru pregnant tu??haahaha..bulan 12 thn lepas kak imah selamat melahirkan anak lelaki.. Mohamad Aqil
gambar??ada2..tapi satu je yg ada...

sekarang aQil dah besar dah

so..mcm mana?banyak tak cerita yang kita tak dapat nak share??heheheehe...ape pun sebenarnya banyak lagi yang berlaku dari sejak hujung tahun lepas sehingga awal tahun ni..tapi biarla semua tu jadi simpanan dan kenangan juga pengajaran buat kita.kalau nak diceritakan mungkin bermuka2 blog ni diperlukan..apa pun..bersyukur sangat kepada Allah S.W.T kerana masih memberi ruang bernafas dan menjalani kehidupan...
sampai berjumpa lagi ya..