Hooo.hohohohoho....
Entri ni macam HOT kan?
Aduhai...haip..haip...aku bukan nak mengata atau mengumpat ayah mertua tau...
Aku menantu kesayangan mana ade nak mengumpat ke ape..

Okay....ayah mertua aku ni aku panggil 'abah'
macam aku panggil ayah sendiri. rasa lebih mesra. kebetulan en.suami juga panggil abah.

Ceritanya macam ni...

Isnin lepas (9 April) en.suami PONTENG kerja...dia tak larat nak drive katanya (alasan semata-mata)
jadi, pagi-pagi isnin tu dia keluar ke kebun dengan abah. Sebab abah ni dah bosan duk kat umah lama-lama agaknya. selama ni kalau sebut kebun je abah memang dilarang/diharamkan untuk pergi sorang-sorang. Bukan apa, kami semua risau dengan kesihatan abah. Dalam usia yang dah menjangkau lebih 65 tahun. Abah memang dah tak kuat untuk buat kerja-kerja berat.

Masa dalam kebun, abang (en.suami) asyik menebas kawasan kebun yang dah bersemak samun berkurun lamanya. Sekali-sekali abang menoleh jugak tengok kat abah, kot-kot la abah ni tak reti duduk diam wat kerja kan. sekali pandang, tengok abah duduk rehat... dua kali pandang, tengoknya abah cuma cabut-cabut rumput...then..bila abang toleh kali ketiga, abah dah sampai ke sebarang parit...haisyh...tak senang hati abang. Hemmm..macam tu la abah setiap kali pergi kebun. macam-macam nak dibuatnya.( orang jawa cakap 'ngelitis'  yang maksudnya tangan tak tahu diam...>>sori ye abah =)


Abang tengok abah seronok je buat kerja sikit-sikit. Dalam hati abang, mungkin abah nak exercise kot..tak ape lah...Tapi, bila dah sampai rumah, abah mengadu yang dia rupanya jatuh masa berjalan atas titi kecil. Adoi....abah,kan dah lebam kaki tu. Puas lah dipujuk ke klinik tapi tak mahu jugak.


Sanggup abah tunggu sampai dekat seminggu juga...menahan sakit. Semalam, jumaat. Mak cerita yang kaki abah dah bengkak. Lebam makin kuat. Abang dah gundah resah, kerja pun tak senang...Ingat kampung, ingat abah. Lepas je kerja, terus bergegas balik kampung. Sayu tengok kaki abah bengkak besar. Dari betis sampai ke tapak kaki... Alahai abah, esok kita pegi kilinik okay??

Alhamdulillah, doktor kata kaki abah cuma bengkak je...lepas di X-ray...tak ada luka dalaman. Mungkin sebab abah ada kencing manis, bengkak lambat nak surut. OKay, lepas ni abah tak boleh ikut pergi kebun...

Alahai BAPA MERTUA KU....


جورازيدا 
Alhamdulillah...
Hari ni genap 11 bulan aku jadi isteri kepada Idham Shah
Maknanya ada lagi sebulan untuk cukupkan 12 bulan yakni SATU TAHUN
Excited sangat nak menunggu 1st anniversary kitorang.

Walaupun masih belum ada tanda-tanda untuk dapat baby..aku tetap bersyukur, mungkin belum masanya untuk aku dan abang. Walau macam mana pun kami tetap berusaha dan berdoa. Allah tahu apa yang terbaik.





يسترعي عظام شاه 
جورازيدا 



wink...wink....
ouh...macam mana nak mula ye? Hemm...aku ngan abang bukan la jenis KAKI WAYANG. Dan kami pun tidaklah mengikuti wayang apa yang akan keluar..cerita baru yang menarik atau sebagainya. Dulu sebelum kawin, memang susah sangat untuk kami berdua jejak ke panggung wayang. Walaupun dah plan cantik-cantik nak pergi menonton....last-last bila dah sampai depan kaunter, mesti bertanya sama sendiri..."nak tengok wayang ke?". pastu tanya lagi.....then, mesti tak jadi tengok. (please jangan tanya kenapa)

Tapi sejak dah kawin, kami semakin kerap menonton wayang. Kadang-kadang tak rancang apa-apa pun. Bila lalu depan mana-mana panggung wayang, kaki mesti berhenti melangkah...then tengok preview filem-filem yang akan ditayangkan. Bila rasa seronok abang terus je beli tiket..pelik kan. Yang pasti setiap bulan abang mesti akan bawa aku tengok wayang..mungkin sebab dah kawin ni senang sikit nak balik pukul berapa, dah tak perlu risau masalah-masalah mulut orang...dan yang penting dah HALAL. =)

Ya, aku tak nafikan memang ada segelintir yang kat luar tu akan memperSETANkan cakap-cakap manusia yang sibuk menjaga tepi kain orang. Sebab kita bukan buat apa-apa...sekadar tengok wayang.
Haissh...ape yang aku melalutkan ni...??? Korang pun terus je bacakan? Okay...scrolllllllllllll ke bawah ye..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku nak ceritakan wayang yang aku ngan abang tengok sepanjang 4 minggu ni..berturut-turut tau...
.
.
.
.
sila scrollll lg...jangan malu... =)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pertama nya...jeng..jeng...


Okay..filem John Carter...gambar ni di ambil dari internet so kredit kepada www.google.com.my sebab aku dapat kat google.. secara keseluruhan cerita ni menarik perhatian aku, sebab aku jenis yang kurang berminat untuk menonton filem omputih. tapi sebabkan en.suami beria sangat nak tengok..aku layankan aje. dan bila aku keluar panggung tanpa banyak komen..dan cakap best..suami aku cakap sebab John Carter tu hensem...(huhuhuhu....betul-betul faham aku) >>merapek lagi<<

Sipnosis : (pada pandangan dan penghayatan aku)

John Carter seorang lelaki ang sibuk mencari harta karun...One day, dia telah pergi ke Planet Marikh secara tidak sengaja. Disebabkan perbezaan graviti dibumi dan Marikh, ia menjadi satu kelebihan kepada JC (John Carter). dia dapat melompat tinggi dengan jarak yang jauh. JC telah ditangkap oleh puak orang asli kat Marikh. Sementara kat sama sedang berlaku perang saudara antara dua puak ekoran campur tangan makhluk yang dikatakan wali dan menggunakan kuasa cahaya yang ke-9 untuk menghapuskan manusia di Planet Marikh.  JC telah berjumpa dengan Puteri Dejah dan membantu dalam peperangan..dan berkahwin.

Menurut aku, cerita ni penuh dengan menarik untuk ditonton. Memperlihatkan kita tentang hubungan kasih sayang dan cinta tanpa mengenal darjat, rupa dan sebagainya. 

For the second movie is....
>
>
>
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tunggu next update ye...sabor la weh..aku penat nak recall balik cerita yang kedua. So, next aku akan ceritakan...love you..

جورازيدا 

Hi..hi...
Adoi, suka sangatkan? Cuti sakan..mentang-mentang la en.suami bercuti. Macam-macam kau minta kan Jura? Nasib tau en.suami merelakan semuanya.... =)

Assalamualaikum...
Macam title kat atas tu, hari ni cuti sempana pertabalan Agong yang baru... so, alang-alang free, tak balik kampung..en.suami ajak la teman berjalan-jalan melihat keindahan hidupan laut..tengok ikan, dan segala yang berkaitan dengan hidupan laut. Okay, KL??? mana lah lagi kalau bukan ke Aquaria KLCC..

Dah lama tak berjalan-jalan ngan en.suami. Last berjalan-jalan awal bulan Februari. Masa teman baru berhenti kerja. Bukan la jauh sesangat pun jalannye...ke Melaka cuma... Cuti just 1 hari...KL saje la tempat yang boleh dituju. Dengan tiket berharga RM35/person...rasa sangat berbaloi, banyak info yang boleh dapat kat sana. So, tak lama lagi nak cuti sekolah kan? adik-adik yang belum pernah ke sana, boleh la ajak famili pergi Aquaria. Banyak jugak gambar yang teman dan en.suami snap...itu semua akan teman upload kad entri akan datang. Bukan tak mau upload sekarang, cuma teman perlu memilih-milih dahulu.. 

iklan  terasa gegaran lebih kurang jam 4.30-5.00 petang. 

Sampai rumah dalam pukul 3.30 petang. Lepas pick up adik teman kat pudu raya. Tiba-tiba en.suami kata lapar. So, teman kena rajinkan diri masak kat dapur. Ehem..iklan tadi pasal gegaran... Okay, after mandi, solat dan bla..bla....bla... teman terus ke dapur nak memasak. Tiba-tiba rasa pening and rumah macam pusing-pusing. Time tu en.suami dan adik teman sedap dok tidur kat ruang tamu. Dalam hati, rasa macam tekanan darah rendah berulang ja. Sebab beberapa malam sebelumnya teman lambat tidur menyiapkan modul untuk student. 

Tak lama lepas tu abah call, tanya pasal gegaran. Just cakap apa yang teman rasa. Then abah cakap memang ade gempa bumi. Abah, mak ngan adik kat kampung rasa gegaran dalam 3-4 minit. Owh...mengucap panjang dibuatnya. Terus cerita kat orang yang kat rumah. After cerita, teringat pula mertua yang rumah dekat sangat-sangat ngan laut. Cepat-cepat call nak tau apa yang berlaku. Alhamdulillah, mertua tak rasa apa, tapi still pesan berhati-hati...sebab rumah lebih kurang 50meter je ngan laut..

Bila dah malam, cepat-cepat tengok berita.. BULETIN UTAMA...nak tahu cerita dan semua-semua. Siang just dengar dari berbagai-bagai info...Mudah-mudahan semuanya selamat... Ya Allah, selamatkan umat Mu, Kau Maha Penyayang dan Maha Mengetahui...Amin.
Teringat kisah 8 tahun dulu. Masa Tsunami kat Malaysia...harap tak beulang lagi...

Baiklah, kita sambung lagi nanti ya? Take Care...


love..
jurazida
Hi,
Selamat malam...(walaupun dah jam 1 pagi)
Rabu 11/04/2012 sempena hari pertabalan agong...thanks a lot....
Walaupun masih menjadi SURI...tapi hati ini sangat gembira bila cuti...
sebab En.Suami cuti...

Aku masih lagi mencari kerja yang en.suami restu..yang en.suami suka...
yang dia boleh bagi aku g kerja...sebab,sebelum ni bila sebut pasal kerja,
dia akan jawab "biar dulu..bagi abang puas rasa ada seorang isteri, yang bila abang balik kerja ada orang sambut, bila abang balik kerja ada orang yang masakkan..."
bila dengar dia cakap macam tu, hati rasa sayu. Bukan sebab sebelum ni aku tak buat, cuma mungkin sebelum ni agak tergesa-gesa je..mana nk sediakan sarapan pagi, nak siap-siap pergi kerja..lepas tu tgh hari siap nak masak, lepas tu bila petang masing-masing dah penat...belum sempat apa-apa dah dua-dua siap nak ke tempat tuisyen..masa betul-betul terhad dan perlukan tuntutan fizikal dan emosi...

Alhamdulillah, selama 2 bulan aku duduk dirumah, segalanya berubah..aku giat berusaha untuk cari kerja..mungkin sebab dah rasa lemau duduk dirumah..

Okay lah...sampai sini dulu. Nanti if ada mood aku update lagi ye...

love you,