walau dah terlambat
tapi bukan terlalu lewat
masih punya masa
masih ada rasa...


Tanggungjawab >> amanah Allah yang di letakkan dibahu manusia
Keluarga >> kelompok kecil dalam masayarakat


Sabda Rasulullah:
"Setiap kamu adalah ketua dan setiap kamu bertanggungjawab d atas jagaannya. Lelaki (suami) adalah ketua di atas anggota keluarga rumahnya dan dia adalah bertanggungjawab di atas jagaannya itu. Perempuan (isteri) bertanggungjawab menjaga rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap jagaanya. Bukankah setiap kamu itu ketua dan setiap kamu adalah bertanggungjawab ke atas jagaanya."

Pabila diijab-kabulkan seseorang itu langsung memikul tanggungjawab dgn sendiri (tanpa lantikan atau penyerahan tugasan)
Knp kahwin??
  1. terus wujudkan keturunan manusia
  2. jaga keturunan
  3. jaga masayarakat (dr sifat/sikap tak baik)
  4. ketenteraman/ketenangan jiwa (bila berada dekat dgn pasangan..akan lebih mesra dan selesa)
  5. Perlindungan pada zuriat yg dilahirkan
Kebahagiaan
terdapat kadar harga kebahagiaan
Sabda Rasulullah:
"empat perkara yang membawa kebahagiaan..isteri yg baik, rumahtangga yang lapang, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa."

Menjaga Aurat...
Rasulullah SAW bersabda: Dari Uqbah Bin Amir, katanya; 
Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita:. Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?".
Sabda baginda: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i)

Jadi jelaslah jika ipar sahaja disamakan dengan maut (perkara yang merbahaya) apatah lagi jika orang lain. Semoga Allah meringankan kita dalam segala urusan, insya Allah.  info disini


lovetolife
salam sayang kawan...

tak tahu bahasa apa yang harus aku gunakan
tak tahu dari apa dan bagaimana nak aku mulakan
tak mengerti jua dengan cara apa untuk aku mengertikan

semakin lelah menghadapi semua
bertambah resah untuk menjawab segala

aku terasa kau terluka..
namun,aku lebih dahulu terluka,
terluka untuk meluahkan 
terluka bila terus memikirkan

andai ini yang dikata sebagai 
tidak berkemanusiaan (hingga aku tak tahu untuk berbahasa)
aku terima

ini jalan yang terbaik,untuk aku dan kamu.
untuk kehidupan aku juga kamu

demi maruah kamu juga aku, 

sanggup walau aku dibenci
sungguh pun aku dicaci..

biar ini menjadi satu kenangan buat kamu
buat aku, 
sungguh pun kamu tak ingin untuk mengimbau
tak ingin menoleh
juga tak berahi melihat
melihat aku..mengenangkan aku

namun, satu yang aku tahu
dan kamu perlu tahu
 kamu adalah yang terbaik buat aku

mungkin ini terlalu berat...
terlalu menyakitkan...
terlalu sempit dan tersepit

tapi, hati ini turut semakin sempit..
turut terasa sakit...
sedangkan perlu untuk memilih
untuk terus tidak berdalih

sukar untuk menerima..
namun terpaksa menelan semua....

maafkan aku..
kebahagian buat kamu sentiasa ada dalam setiap doa
ketenangan juga kesenangan turut sama

hati ini....






Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah SWT , ramadham kali ini membawa lebih kebahagian
ini merupakan tahun pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri..
pengalaman yang terindah..(biarpun tidak seindah pengalaman bersama mak dan abah)
tp ia cukup indah..

kalau dulu, berbuka bersama di kedai/restoran atau warung2 
tanpa masakan dari air tgn ini..(masak sekali sekala)
tapi tahun ini,setiap juadah pasti akan ada hasil dari air tangan sendiri 
semua untuk suami tercinta.

pengalaman bersahur
  • hehheehe...mcm ada perkara lucu yang buatkan aku dan abang sentiasa ketawa
    (dulu kalau jumpa bukan main hensem2/cun melecun..ni dapat la,bangun pagi2 dah tgk muka masam,kusut masai....heheheehe
  • yang keduanya...haih..bgn pagi2..subuh2 lagi dah pandang muka abang...abang pandang muka aku...
  • seronok sebab abang tak cerewet...pagi tu masak telur sambal dan ayam goreng untuk bersahur..
pengalaman berbuka
  • lagi best..lagi best...(dah mcm iklan promote myvi baru kan?)
  • simple2 je..abang minta buat ayam masak sambal (cili hijau), telur goreng, tumis sayur campur
  • abg beli ayam percik (sbb abg tau aku suka)
  • so....this ramadhan sgt best
 cuma....
mungkin belum rezeki aku utk dpt berita yang lebih baik...doakan ye..



terdengar2 suara dia..
ter ngiang2 jerit gelak tawa dia
tapi...
itu yang telah pergi...
kerinduan mungkin tiada henti...
Al~Fatihah 
Moga kau tenang disana Tasya..
doa sentiasa ada dari kami...

 raya terakhir bersama

gambar terakhir bersama


love and miss u Juliyana Abdullah


kawan punya pangkat..
Ayuniza
tapi,aku yang suka lebih
kali ni datang dengan mr,asben...

okay..gambar tak banyak sebab cuaca panas sangat
mr.asben dah sakit kepala..
layan je gambar yang ada..


Pelamin Ayu

di pelamin..(org bersilat dpn pengantin)

Selamat Berbahagia.. 


Okay,selamat pengantin baru ya
Ayuniza & Azian...

p/s: if korang nak tau lebih lanjut boleh kot ke blog Pengantin Perempuan



Sape yang kawin ni?
artis manae ek?

hee..
Shah Indrawan @ Tomok
mesti semua ingatkan..
artis remaja yang menjadi PUjaan masa sekolah2 dulu
huhuhu..

okay..jom layan gambar resepsi tomok ngan ayu
cantik kan??
(sama ngan tema masa kawen dulu)

sweet je..

after akad nikah

comel la..

haa...part ni suke,sbb cite pasal  jumlah hantaran....ikut tarikh majlis kedua belah pihak 
dari tarikh nikah sampai beberapa majlis resepsi lain

RM12, 697.11.

“1a adalah simbolik kepada tarikh pernikahan kami iaitu 1 Julai, 2 atau 2 Julai persandingan sebelah isteri (Ayu), 6 (6 Julai) majlis persandingan khas untuk rakan artis dan media.

“Manakala 9 (9 Julai) majlis resepsi keluarga  di rumah ibu bapa saya di Alam Damai, Cheras. 7 pula adalah simbolik kepada bulan Julai sementara 11 membawa maksud 2011,” katanya.

cute2..kalau aku dulu wat mcm tu...
berapa lah agaknya..mampus laki aku nak cekau duit...

p/s: sempat nk fikir..
semoga berbahagia hingga akhir hayat..


yeehaaa
hahahaha..tibe-tibe tersuke pulak nak cerita

macam mana ye
ha..teringin nak makan tutti frutti
 hehhehe
ngade kan?
tapi disebabkan malas nak bergerak kemana-mana
jadi,
terpaksalah merajinkan diri
(buat resepi sendiri..ikut gaya anda)

taadaa....
p/s:gambar hiasan
(tak sempat nak amik gambar..en.Suami dah ngap dulu)

okay..nak share resepi (sebab en.suami kata sedap)

resepi ~ kasi la nama apa pun

(A)
1 biji epal hijau
1 biji epal merah
1 biji mangga masak (yg light je..xmo yg lembut ya..)
1 tin laici (ikut la nak byk..masukkan banyak)
buah anggur merah dan hijau (ikut suke nak banyak mana)

(B)
Yogurt (ape-ape perisa yang  u all suke)
(byk mane pun terpulang ok.)
Aiskrim perisa vanila (1 cawan)

Cara-cara :
Potong dadu semua bahan (A)
lepas tu campurkan dengan bahan (B)
gaul sampai rata
simpan dalam peti ais
hidangkan bila sejuk..

p/s: mesti cube ya.



hari ada cerita wayang baru kan??
hahaahahahah
hurm...
cerita ape ek?

yeah...TRANSFORMERS
like..like..like...like

tapi...
tiket wayang HABIS..!!!

dulu yg 1st
 tak tengok
sebab tak minat nk tengok cerita macam tu

then..2nd
tengok dengan en.Tunang (skrg dah jadi Mr.Hubby)
masa ni dia punya la marah sebab aku boleh tido dalam panggung
(dah ckp tak minat tp dia ajak jugak)
lepas 3 hari dia ajak lagi tengok ngan abang dia
masa ni dah tak tido..sebab malu (1)
dia dah bagi tengok yang 1st sebab aku bagi alasan tak faham
hahaahhaha

ni yang ke-3
hahaaha...
excited sangat nak tengok.
tapi tiket wayang dah habis untuk hari ini dan esok
huhuhu..nk tengok bile ni...
arggh....tak suke..tak suke
(tention macam tiket masuk syurga habis kan?)

tak pe..nanti-nanti pasti akan tengok jugak.

1 Jun 2011

 Nurulain Sj. Mohd Zaki

Usai Lafaz Sakinah
~khairin~


2 Jun 2011
Doaku untukmu sahabat

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ.

“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengum-pulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”
 
4 Jun 2011
Selamat Pengantin Baru
En.Khairul & Ain
 
p/s :. My Bff : Nurulain
kenal Ain masa belajar diploma kat UPM
comel cantik orangnya
 

diredhai..direstui..
30 minit berlalu
memberi rasa ingin tahu
kenapa perlu begitu
aku yang salah
atau..

rindu...
senyuman, dan iringan matanya

sedih..
kerana tiada lagi

pilu...
inginkan dia mengerti
apa yang aku rasa
apa yang aku perlu

namun..
dia lebih berhak
berhak untuk menzahirkan
apa yang terbuku
dan apa yang tersirat..

aku cinta sampai mati untuk kamu


dari semalam kisah menunggu
masih dalam ofis
menunggu kerja 'org besar'
mengharap org lain sanggup menunggu 
sedang diri seronok dengan kemarahan

tak terfikir mungkin waktu peleseran 
insan lain

makin bosan dengan sikap manusia
tiada rasa bersalah
menanti pihak lain memberi terbaik
namun
masih belum dapat memberi terbaik

yang pasti terbaik adalah untuk yang terbaik
sebalik nya?
begitu mungkin

Ya Allah..
sabarkan hati ini
sesabar insan yang sanggup memikul amanah mu
Tabahkan diri ini
setabah manusia yang berjuang demi agama mu
Kuat jiwa ini
sekuat pesuruh mu meneruskan perintah mu

Kau lebih mengetahui yang terbaik buat ku
Kau yang lebih arif menilai kekuatan hamba mu

Love 

hanya sekadar ingin berkongsi cerita
cerita ceria suka dan gembira
hanya ini yang mampu

untuk tatapan 
pencuci mata
merawat kerinduan

sebelum akad nikah

keluarga tercinta


i love u...


dan....
si penangkap gambar
(yg pakai spec tp tak tengok kamera)




hari ni nak cerita pasal kerja..
haahhaa..malas nak bercakap
sbb tak tau nak bercakap atau mengadu pada siapa.

dari hujung minggu lepas dah diminta
sedia laporan dan sebagainya

tapi kenapa masih belum selesai 
sampai ke hari ini.

hati masih bersabar kerana
"seorang pembantu tadbir" semata
hahahahha
(masih bisa ketawa)


masih perlu bersemangat 
untuk sesuap rezeki
yang Allah beri...




salam....
hiii...!!
rindu sungguh nak berceloteh kat sini..tp memang tak berkesempatan..
lepas majlis hari tu sangat2 la sibuk
dengan keadaan ayah mertua yang tak sihat
dan macam2 urusan lain.

maaf yeah..sepatutnya entri ni ditulis lebih awal...
dah sebulan lebih menjadi isteri...

Alhamdulillah....
semuanya selesai dengan baik (kalau cacat2 sikit tu memang perkara biasakan??)
sekarang dah duduk serumah dengan insan yang tercinta..my mR.Hubby
walaupun dah lama kenal..bertahun-tahun bercinta still tak kenal betul2..(jgn ingat 10thn bercinta boleh faham sangat2 bila dah kawen...)tiap2 hari kena belajar dan faham sikap si suami..
jadi isteri??
ramai yang tanye...seronok tak kawen...?
memang la seronok, 24j bersama...

aku tak pernah janji ape2 kan??
gambar kawen?
aku rs cukup la setakat 2 keping gambar ni untuk aku kongsikan..
nk tengok yang lain..
tgk kat situ ek...

okay la..nanti cerita lagi ye...

p/s:hr ni bufday abah..so,abah i love u
love
Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan slalu memujamu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah lama tak bercerita kat blog ni...dekat sebulan kot tak di update...(bukan malas oke! but very the busy lately)
masa menghitung hari...mula2 rasa mcm lama je lagi nak sampai tarikh tu....
Now!!!tinggal beberapa minggu je lagi...huish...berdebar pulak...
segala persiapan dah pun hampir siap..tinggal nak touch up sikit2 je...
semua ni atas bantuan mak,abah dan adik beradik lain...banyak sangat bantu..
so..pada yang membaca blog ni,walaupun tak tinggalkan ape2...dijemput hadir ye..pada 14mei 2011..
utk maklumat lanjut layari http://www.facebook.com/juera (kite dah buat event kat sana...so..join la)
bila dah cuti 2 hari (bukan ms yg sekejap..tp still rs mcm tak cukup) demam dan sakit ni terasa lagi...(tinggal semangat je yg kuat)

dalam keadaan mcm ni ada ke yg faham??(aku tak sihat?)
sama je..bila ko dtg kerja bermakna ko mampu bekerja..(itu yg biasa orang faham)
tapi tak kisah lah...(sbb tak kacau org lain punya hidup)

kalau tulis panjang2 n banyak2 ada ke org yg baca??(harap2 xde..sbb dah bosan meluahkan isi hati pada orang...)

dulu ms kecik2 orang tua2 selalu cakap, kena belajar tinggi2 sbb boleh senang dapat kerja...(zaman sekarang..tak lagi)
belajar la tinggi mne pun..kerja still like KULI
tak akan ada yang datang bergolek2 suka2 kasi kerja yang mcm RAJA (layak ke??)
tapi semua tu akan ada bila (MAK atau AYAH tu orang berPANGKAT..ada KABEL best) so...senang la si ANAK ni dapat kerja (walau result janji boleh hidup kan..

tapi jadi manusia mesti sentiasa bersyukur..(bila dah merungut mcm ni BERSYUKURKAH?)
huhuuh..tak mau jadi orang yang tak SEDAR di untung....rezeki manusia ALLAH bg berbeza2...

dah tak mo ckp lagi..dah penat...


p/s :abaikan post ni..sbb akal tak stabil...
Sambung Kontrak

Semalam Boss kita bagitau yang kontrak kerja disambungkan..(sampai bila.....?? ta taw) jadi hari ni kita keluar umah mcm biasa ke tempat kerja (agak bosan sebab kan sini kadang2 terlalu banyak tekanan..kadang2 relaks je) Tapi itulah yang dinamakan kerja...penat ke,tertekan ke, JANJI HAPPY  
SMILE 

hahahaahaha....happy..happy juga...dalam sibuk kerja, banyak lagi urusan utk majlis 'penting' yang tak selesai lagi. bila difikir2 rupanya kita ni selalu amik mudah..heheheheh

okay la...sebenarnya, kita tak de ide lg la..banyak benda nak share..tp tak tau nak share mcm mne...kita wat listing la nanti apa yang dah selesai n ape yg tak selesai2 lagi..
okay....da~~ love u



ToDay pagi2 dah kena terpacak kat hospital..(hospital mane?hehehe..takyah tau...pkul brp?heheehe..jam 9) Alhamdulillah,semua nya selamat dan berjalan dengan lancar (mula2 tu) daftar kat kaunter, tunggu giliran,cek berat badan (minggu lepas cek ada turun hampir 4 kilo..last2 kat hospital tadi naik plak...mane 1 betul???) oke la..tak kisah la mcm mne pun..tapi yg paling tak boleh blah bile..."puan Jurazida" huhuhuhu..malu ada..terharu pun ada....dah sekian2 doc tu bercakap,nak kasi ubat ape...die suh amik darah...takut?? tak la,tak takut pun amik darah..cume, fobia sbb selalu doc susah nak cari urat darah...(sampai boleh hancur tgn kena cucuk)..

Amik La DARAH ni...

korang tau kan amik darah mcm mne??haa..staf tu pun ready la nk amik darah kita..(hensem jugak) dia try byk kali kiri kanan tangan ni kena suntik..huish..rasa mcm die ni tak tau la nk amik darah..sakit la...
berkali2 sampai dah naik penat menahan sakit...


DAN

4x staf tu tukar benda ni..sbb sentiasa tak jumpa urat darah..
(logik kan kalau  boleh penat??)

perasaan?
jgn cakap la, rasa nak sepak je staf tu (tp bukan salah dia..dah mmg susah nak dapat darah) kita dah mula menangis, seingat kita, ini kali pertama kita menangis sebab kena suntik....huhhuhuhuhu

AKHIRNYA
datang la doc yg hensem & yg memang amik kes kita dari pg2 td.."tak dpt lg ke? kesiannya..." terus dia keluar...masuk lagi bilik tu "mari saya yg amik kan"

dia amik pakai benda ni..huhuuhu..sekali ja...walaupun sakit,tapi boleh terima....(dah nangis....)
dia panggil butterfly..

tak boleh lupa sebab time ni 1st time nangis kena suntik....


nota : lain kali nak bawa darah sendiri dari umah, pastu terus kasi kat doc tu....
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu…