Tajuk nampak mudah dan biasa. Namun melayari bahteranya dengan seribu satu kenangan. Baik yang indah. Baik yang duka. Baik yang duka. Walau yang gembira.

Bersama 'dia'
Banyak bersabar dengan kerenah. Banyak berdiam ketika marah.

Alhamdulillah...
Dia menjaga ibarat isterinya seperti "anak perempuan" 
yang begitu manja dan perlu perhatian belaian sentiasa

Dia juga mendengar seolah isterinya "seorang kakak"
banyak berleter, banyak peraturan dan banyak arahan

Allahuakbar... begitu jahil rasanya menjadi isteri yang tak tahu apa
yang lebih menyerahkan urusan kepada suami.

Syukur dengan rahmat Mu.
Kurniakan dia sebagai suami

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG 
13 Mei 2011 ~ 13 Mei 2015
Semalam (7.05.2015) sekolah buat trip untuk pelajar tahun 1 hingga tahun 6.
Seronok???
Biasalah...kalau kita jadi budak-budak pun mesti double triple seronok dapat ikut pergi rombongan kan?

Bila sebut pasal rombongan, teringat dulu masa sekolah rendah. Setiap kali nak ikut trip ke mana-mana, arwah abah mesti ikut dan temankan. Ini semua gara-gara mak dan abah kurang yakin dengan anak perempuannya. Risau tak boleh bawa diri. Risau kena buli 

Okay, sambung balik,

Trip sekolah ni hanya sehari. Kira pergi pagi balik petang.
Perjalanan kira-kira lebih kurang 2jam dari Shah Alam. 

Pelajar semua berkumpul di Masjid Negeri Shah Alam. Mak ayah pelajar kena hantar dan ambil anak mereka di sini.

Semua mak ayah ikut excited hantar anak, Dalam pkul 7pg semua dah get ready. Jangkaan nak gerak jam 7.30 pg. Tapi, atas masalah teknikal, 8 buah bas yang memuatkan 330 orang pelajar bersama 40 orang guru bertolak ke Melaka tepat jam 8 pg.

Sampai A'Farmosa sekitar jam 10.00 pagi, Hajat nak tengok "elephant show" tak kesampaian. Yelah, 330 orang mak cik dan pak cik kecik. Macam-macam kerenah, nak ke tandas apa semua bagai. Jadi, kami semua teruskan lawatan tengok binatang - binatang yang ada (yang ini ala-ala Safari) . Budak-budak.... bukan main seronok sangat dapat naik 'truck'.... tapi, tuhan saja lah yang tahu. Habis sakit-sakit satu badan. 
macam ni.... seronok sangat
banyak juga yang show yang mereka adakan. antaranya, animal show , bird show , multi animal show , cowboy show. 
Yang paling nak cerita masa dalam 'bird show' budak-budak IISSA ni memang kaya-kaya, jutawan, dermawan semua ada. Sanggup berebut-rebut buat donation untuk sekeping lukisan abstrak yang dilukis seekor burung. Haish..yang sebenarnya excited bila burung hinggap kat tangan kutip duit. 

Kesimpulannya, A'Farmosa ni sesuai untuk aktiviti anak-anak masa cuti sekolah. 
Cuma, barang-barang di sini mahal. 
Air mineral (jenama f&n) dijual pada harga RM 3.50
Minuman ringan pun RM 3.50
Ribena RM 5.00

Jadi, mak ayah kalau nak bawa anak-anak, kena bawa duit lebih atau sangat-sangat digalakkan untuk bawa air kosong sendiri

Kami bergerak pulang dari Melaka tepat jam 4.30 ptg, sampai Shah Alam hampir jam 7.00 mlm 

Jom layan gambar-gambar yang sempat dirakam dengan anak-anak syurga 

Zafran (dia sangat comel dan sopan)


pelajar tahun 1, tiba-tiba manja sangat






sibuk bagi monyet makan



depan reptilia house (masa ni teacher semua tengok jauh)







Alhamdulillah...

Diberi peluang mendidik anak-anak syurga.
Begitu gembira melihat mereka belajar, bermain dan bergurau senda.
Walaupun adakalanya perasaan marah menyelinap dalam diri.
Biarpun ada masanya kerenah dan tingkah mereka membuat api panas meledak didalam hati.
Namun...begitu terharu dengan rasa hormat mereka, rasa kasih mereka.

Ya...untuk seusia ini agak terlewat untuk menukar kerjaya.
Namun,  percaya dengan ketentuan Allah swt. Bagaimana rapi kita sebagai manusia merancang
Begitu elok protokol yang di aturkan...
Berbalik kepada fitrah..
Allah swt Maha Mengetahui, Maha Mengerti...

Dan... mereka adalah anak-anak syurga













Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. 

Dia berkata:

  1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.
  2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.
  3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.
  4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.

Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"
Suami menjawab,"Ya, mahu."
Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."

Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"
Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."
Rasulullah bersabda:
"لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "
"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".

Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.
Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"


Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."




Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU."


Kemalangan maut yang melibatkan tiga beranak. Satu peristiw yang menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia. Tragedi yang mengakibatkan dua jiwa sengsara. Hilang tempat bergantung. Tidak tercapai akal melihat dua insan ini. Bagaimana lagi untuk mengatakan "bersabar" "be strong" atau sebagainya. Menjadi yatim piatu sekelip mata.

Kisah ini lebih menyentuh hati apabila mangsa adalah adik ipar kepada sepupu sendiri. Bagi yang mengikuti "blog walking" yang tidak begitu meriah ini. Mesti ada yang perasan satu post "My Kupu-kupu weding" 

Shahana & Suami
- Rinaldi (abg arwah Nova Safitri)
Masih terngiang lagi ditelinga saya semasa pillow talk bersama Ana, dia yang begitu teruja bercerita mengenai keluarga mertua yang cukup baik. Dianugerahkan adik ipar yang bergitu meriah, boleh diajak menjadi kawan baik dan teman bicara. Ana banyak bercerita tentang arwah Nova, begitu indah keperibadian arwah dalam cerita Ana. Betapa kuat dan tinggi kesabaran arwah dalam meniti kehidupannya. Allah s.w.t lebih menyayangi mu. Walaupun hanya sempat mengenali arwah melalui cerita Ana, Namun, saya yakin... arwah bersama dengan orang-orang yang beriman.


Shahana & Nova Safitri
Nur Firuza Amira , Harraz Danial & Nur Firuza Aqila

Al- Fatihah Nova, suami & baby anissa. 




































Lebih setengan tahun pemergian abah (6/10/2014) Al Fatihah buat Abah - Kamaruzaman b. Itam. Terasa begitu cepat masa berlalu. Begitu cepat diberi kesempatan merawat, meluang waktu bersama abah. Perginya dalam ketenanga. Dia seorang wira... wira yang mampu bertahan untuk melawan dan menahan perit luka dari dalam.

Sehingga ke saat ini, saya masih belum mampu berkongsi atau bercerita apa-apa
Air mata sentiasa mengalir. Wallahi...sayu, 

Selepas pembedahan
Majlis Resepsi