Tahun Baru..

Selamat Tahun Baru semua...
Dah masuk 2012...okay..New Year Please To Be Good okeys!!!
Pejam celik pejam celik tak sangka dah masuk tahun lain. maknanya umur pun dah bertambah kepada 1 angka lagi..mungkin sebelum ni yang sweet --->> teen masuk kepada 20 series...yang mana 20++ tu bertukar kepada 30 series...dan begitu juga dengan aku...tapi masih dalam 20-an iye...

2011 merupakan tahun bertunang, berkahwin bagi rakan-rakan seangkatan aku...yang mana sama baya tu semua sibuk pilih date masing-masing sebab takut bertindih dengan tarikh bersejarah kawan-kawan. Yang mana aku ngan abang dapat capai dan sempat sampai, alhamdulillah kami penuhi setiap undangan. Tapi yang mana tak dapat nak pergi, cuma doa je yang kami dapat bagi..

Tahun 2011 juga merupakan tahun yang membawa banyak kenangan manis dan pahit dalam hidup aku...
Bermula dengan Mac 2011, hajat aku tercapai bila dapat hadiahkan abah kereta. Walaupun kereta buatan MALAYSIA, aku tetap berbangga. Sebab itu dari hasil titik peluh aku. Pada aku, persetankan cakap-cakap orang yang sibuk dok mengata kereta tempatan TAK ADA KUALITI... hey!! aku anak malaysia..aku patut bangga dengan produk negara aku...

Hidup Baru....
Tahun 2011 jugak memberi satu ruang untuk aku memulakan hidup baru... Mei 2011 merupakan bulan yang begitu indah. 13 Mei 2011 jam 8.00 mlm. Aku telah dinikahkan dengan seorang lelaki yang kini bergelar suami. Alhamdulillah, dalam tempoh hampir 7 bulan perkahwinan, aku dapat rasakan kebahagiaan yang sentiasa datang tanpa henti. Aku juga bersyukur kerana dikurniakan jodoh yang baik, yang penyayang dan penyabar. Aku harap semoga perkahwinan ini kekal dan sentiasa dilimpahkan dengan kemewahan kesih sayang, kecintaan dan kesihatan yang berpanjangan... Amin

Hujung Tahun...
Disember 2011..cerita agak sedih jugak...abah kurang sihat...masuk hospital dan perlu menjalani pembedahan kecil. Syukur kepada Allah, semuanya berjalan dengan baik..dan kini abah semakin sihat...Harap abah sihat selalu. 

Cinta Aku.....
Happy Birthday Sayang.....
2 Januari 2012 adalah hari ulang tahun en.suami yang ke 26...(tua kan?)
Tak ada apa yang membuatkan aku bahagia selain melihat dia bahagia.
Umur aku? hahaahaha...sebaya ngan abang, cuma abang lahir awal tahun dan aku lahir hujung tahun...ramai yang cakap kitorang ni beza hampir setahun...dan dalam apa-apa hal jugak..aku tetap akan muda..
Hadiah untuk en.suami?? haip...mana boleh bagitau..kami bukan artis dek non....biarlah rahsia okay...!
yang penting uolls...doakan kebahagian kami..love korang sangat-sangat.

jurazida