Salam sayang,

Sebelum ni ade entri yang saya kongsi bersama anda  ! anda ! dan anda ! semua mengenai KANSER PANKREAS

Ya, seperti yang pernah saya kongsikan, LELAKI SAYA (abah) disyaki mengidap barah pankreas. Pada awalnya doktor cuma mengesahkan mengenai KANSER REKTUM,( saya masih belum berkesempatan nak kongsi...InsyaAllah sedikit masa lagi) namun ia belum disahkan sebagai kanser,kerana hanya terdapat ketumbuhan biasa dibahagian pankreas. Kenyataan ini dibuat setelah abah menjalani beberapa ujian kesihatan bagi mengesahkan ketumbuhan tersebut. Antara ujian yang dibuat adalah MRI, CT Scan, Pet Scan, Colonscopy, Endoskopi dan Biopsi 

Minggu lepas, semasa pembedahan dijalankan pada 10/04/2014 (Khamis) doktor mengesahkan ketumbuhan yang terdapat adalah KANSER. Pembedahan yang dijangka berjalan dalam tempoh 9-11 jam terpaksa diberhentikan kerana, doctor mendapati sel kanser telah merebak ke bahagian HATI, USUS dan SALUR DARAH. 

Baik, sebelum terus membebel panjang... saya ingin berkongsi pengalaman dan simptom-simptom yang abah hadapi sebelum kami membawa ke hospital.

Sejak bulan syawal lagi abah selalu mengadu kembung perut, rasa tidak selesa dan kerap demam. Seperti biasa, abah akan menolak bila disaran atau dipujuk ke klinik atau hospital. Bagi abah itu sekadar sakit biasa kerana salah makan, masuk angin dan sebagainya. Ditambah dengan pengalamannya yang menghidap kencing manis dan darah tinggi. Lama kelamaan abah semakin lemah... Suatu hari, abah mengadu kepada kakak apabila abah kerap berdarah ketika membuang air besar. 

Dari buang air besar berdarah dan kembung perut yang berterusan...badan abah semakin susut. Puas bawa berubat kampung, berurut dan sebagainya. Sampaikan ada yang mengatakan abah terkena buatan orang (santau) dan bermacam usaha dah dilakukan. Pergi ke klinik swasta, disahkan buasir. Tapi masih tidak kurang. Sebelum ini, abah buat rawatan di Hospital Kerajaan yang berdekatan. Tapi tidak ade apa-apa tindakan dari doktor. Abah cerita, setiap kali datang ke hospital, hampir 5 orang doctor termasuk pelatih yang akan buat pemeriksaan. Mereka akan masukkan jari ke lubang dubur. Selepas itu, tidak ada keputusan. Sehingga 5 atau 6 kali berulang ke hospital untuk proses yang sama. Keadaan ini membuatkan abah fobia untuk ke hospital. 

Sampai satu tahap, abah tak lalu nak makan. Selera makan semakin menurun. Abah kuat berahsia. Bila kami bertanya khabar, abah akan menjawab "SIHAT" "DEMAM SIKIT" "TAK ADA APA-APA"

15/02/2014 (Sabtu)

Kami berpakat bawa abah ke PUSAT PERUBATAN UNIVERISTI MALAYA (PPUM), puas dipujuk mak..baru abah nak pergi. Sampai ke PPUM kami terus bawa abah ke unit TRAUMA DAN KECEMASAN. Abah sangat lemah...tak bertenaga, banyak diam. Malahan abah senang untuk berbaring.

Lebih kurang 3 jam menunggu, alhamdulillah..ada pembantu perubatan yang prihatin melihat keadaan abah yang sangat lemah. Semua prosuder dilakukan, dari pemeriksaan kesihatan tekanan darah, kandungan gula dalam darah, ultrasound dan lain-lain. Akhirnya abah ditahan di wad. Semuanya selesai tepat jam 3pagi. Adik lelaki saya menunggu abah dihospital. Sementara kami bawa mak balik ke rumah saya untuk berehat.

Hampir seminggu abah ditahan dihospital. menjalankan pemeriksaan. Kami semua bergilir2 menjaga abah. Sejak itu, abah kerap ke hospital, ditahan di wad... Berulang alik  dari kampung ke rumah saya dan hospital. Adakalanya abah perlu menjalankan rawatan ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan yang cepat seperti keperluan CT Scan dan Pet Scan. InsyaAllah, saya akan kongsikan berkaitan klinik ini nanti.

Ya, berbalik kepada tarikh 10/04/2014, terjawab semua persoalan mengenai sakit abah. Sesuatu yang takut untuk kami 5 beradik hadapi. Tapi, kami perlu kuat. Mak sangat kuat menghadapi semua ujian. Jadi, kami semua perlu kuat untuk mak dan abah. Alhamdulillah, saya dihadiahkan oleh ALLAH SWT seorang suami yang begitu memahami. yang sentiasa menemani. Oleh kerana saya bekerja, suami banyak membantu menghantar dan menemani abah mak ke hospital. Sehingga doktor di PPUM menyangka suami adalah anak mak abah, dan saya pula menantu. Saya melihat abah juga seorang yang kuat semangat. Mungkin dia memikirkan keadaan kami dan adik perempuan bongsu kami yang begitu akrab dengan abah yang bakal mendirikan rumah tangga 26 April nanti. Mungkin ini membuatkan abah bersemangat. Selesai pembedahan, abah tak sabar menghitung hari untuk balik ke kampung.

Okay, banyak lagi yang ingin saya kongsikan... InsyaAllah, sekiranya berkelapangan akan saya kongsikan bersama anda semua.

Sekarang, kami sekeluarga berusaha untuk mencari penawar untuk abah walau apa cara sekali. Harapan saya, anda semua dapat doakan kesihatan dan kesejahteraan abah dan mak. Terima kasih 

love,
jurazida
Assalamu'alaikum
Salam Sejahtera

Okay, entri ni tercetus bila kaju sedang asyik membaca blog-blog kegemaran kaju...tiba-tiba Somi soal siasat, apa faedahnya membaca blog orang lain. Apa yang kaju dapat?? Haish..apa punya soalan pulak ni. Sebenarnya ada diantaranya kaju tak follow pun. Tapi kaju list kan juga sebab kaju suka cara penulisan, info yang diorang tulis dan sedikit sebanyak improve cara kaju menulis... sekurang-kurangnya kaju jadikan mereka sebagai inspirasi masa menulis TAK CIPLAK atau PLAGIAT mana-mana blog. Apa yang kaju tulis adalah dari kaju sendiri. Okay, tak mahu banyak membebel..jom baca

Yang pertama,
Blog cosmate masa diploma dulu Husna Rahman, dia agak rajin meng-update blog...biasa dia akan menceritakan apa yang berkaitan dengan dirinya sahaja. Contoh berkaitan study (time study dulu la), tentang ofis dia, hidup dia...famili dia dan segala yang berkaitan dia. =)

Blog dia ni kaju jumpa kebetulan mengodek2 facebook dia..tup2 ada lak link ke blog makcik ni. and now, menjadi pembaca blog dia setiap kali dia update. (tapi,makcik ni dah lama sangat tak update since ada baby)

Keduanya,

Ini kawan kaju dari kecik (tadika) sampai la sekarang...Liana Munyati Roslee (yana, betulkah ejaan ini?) Dia seorang yang baik, jujur dalam setiap yang dia buat..hohoho..i love. Blog yana bercampur2 mcm ABC. Akak ni pun rajin update blog...segala perkembangan kawan-kawan sekolah akan di update nya tanpa rasa malas....

Selain tu, yana juga ada follow beberapa blog yang best2...sesuai la untuk kaju yang dah jadi bini orang ni..masak-masak bagai kan....

Haa... itu la senarai blog kisah2 dapur yang aku suka intai. Resipi diorang ni mudah. Bahan pun senang je nak cari..hahahaha.

Ketiganya...

http://www.nisakay.com/

okay,dulu kalau tak silap kaju blog ni nama dia nisa menaip (sori if salah k nisakay). Kaju start baca blog dia sebab ada satu BFF kaju follow dia. Nampak macam menarik setiap post dia. Satu lagi pasal dia ada buat VLOG dengan Lisa Surihani. Sejujurnya...kaju suka cara dia tulis, begitu santai...hohohoho..buat kaju lagi gila nak tulis blog. Cuma lagi, kaju tak akan boleh jadi best macam dia. Iye la, tgk blog dia ni makin cun, makin banyak peminat..

p/s: ingat nak tanya dia la mcm mna nak kasi blog nampak cantik....

Keempatnya...

inibelogsaya.blogspot.com

Ini merupakan blog si cantek manis yg tinggi lampai tu... sape lg Hanis Zalikha
Yup..kaju dah baca blog dia dari dulu..then memang membuatkan rasa jatuh..jatuh cinta (dah macam lagu LJ)
Pada aku, Keknis seorang yang sangat2 simple, jujur dengan apa dia tulis...baik hati &&&& tak KEDEKUT
Sebab aku cakap macam tu??
1- dia baik hati untuk sharing what..what & what...
2- dia baik hati kerana tak membuatkan kita totally terikut dengan cara dia...
3- banyak yang dia tulis sangat2 boleh dijadikan panduan juga tauladan

Paling kaju suka bila dia buat tips n resepi...sexy ciken yaw!!

Sebenarnya banyak lagi blog yang kaju nk share..tapi rasanya cukup setakat ini. Kalau boleh, ikut hati memang nak taip banyak2..

Kaju sangat busy kebelakangan ini, kesihatan ayah kaju yang tidak mengizinkan. Banyak ulang alik ke hospital.

Okay, jumpa lagi nanti ye. Kita borak-borak panjang










Terdetik hati saya untuk menulis entri ini sebagai satu perkongsian. Dewasa ini (ceewaahhh !) 
Ok, sebenarnya memikirkan ramai antara kita di luar ! luar ! sana yang mempunyai tahap kesedaran yang rendah terhadap tanda-tanda, langkah pencegahan mengenai kanser. Ditambah dengan kondisi kesihatan ayah saya yang menghidap penyakit yang sama.

Ya, diakui, saya juga antara yang di luar ! luar! sana yang kurang menitikberatkan kesihatan atau pencegahan awal. Ini merupakan satu tamparan yang amat hebat untuk saya dan adik beradik yang lain. Ayah saya mengidap kanser pankreas, dalam masa yang sama dia juga menghidap kanser rektum (saya akan kongsikan untuk entri yang lain).

Adakalanya tanda-tanda yang dialami merupakan simptom biasa, seperti demam, kurang selera makan, mudah merasa kenyang, sakit perut dan sebagainya. Ramai yang beranggapan, tanda awal KANSER PANKREAS merupakan masalah diabetis. Ini berpunca dari pengawalan masalah diabetis yang tidak baik. Penyakit ini jarang menunjukkan tanda-tanda awal dan dapat dikesan pada tahap 3 dan 4. 

Pesakit kanser pankreas dijangka boleh hidup dalam tempoh lima (5) tahun dan dikatakan hanya 4% yang hidup untuk tempoh lebih 5 tahun. Seperti yang diketahui, bahagian hujung pankreas mengandungi sel yang  boleh menghasilkan insulin. Manakala dibahagian pangkal organ pankreas pula mengandungi sel yang menghasilkan enzim penghadaman. 

Apa tanda-tanda awal kanser pankreas??

Diabetis secara mendadak 
    • Tumor pankreas yang menyebabkan pesakit mengidap diabetis secara mendadak
Kurang selera makan
    • Biasanya dalam tempoh setengah tahun (6 bulan) sebelum sel kanser dapat dikesan, pesakit kanser tiba- tiba kurang selera untuk makan/ mudah kenyang setelah makan dalam kuantiti yang sedikit,.
Sakit abdomen
    • Sakit dibahagian atas abdomen (berlaku apabila kanser/tumor menekan saraf)
Kekuningan
    • Kulit dan mata menjadi kuning serta air kencing bertukar warna gelap (kerap dianggap sebagai jaundice)
Berat Badan 
    • Pesakit kebiasaannya akan kehilangan berat badan secara mendadak ( akibat kurang selera makan)
Najis berbau
    • Pesakit akan mendapati najis berwarna pucat atau kelabu serta berbau sangat busuk (terdapat lebihan lemak dalam najis)
Nasihat saya, bila berasa sesuatu tidak selesa pada tubuh badan, kesihatan diri, jangan melengah untuk mendapatkan rawatan. Ini merupakan satu langkah pencegahan awal dan mampu menyelamatkan nyawa. 

Semua tanda-tanda yang saya kongsikan adalah sama seperti apa yang ayah saya alami. Tetapi, kerana mengawalan yang tidak baik, kami menganggap itu adalah kesan diabetis. (ayah saya menghidap diabetis dan darah tinggi) jadi ayah saya juga merasakan itu kesan penghidap pesakit diabetis.

Okay, saya baik hati nak cari sikit info2 tentang kanser pankreas. Pankreas adalah organ dalaman yang mempunyai kepala, badan dan ekor.Perlukan imaginasi anda, anda dan anda semua... pankreas berbentuk seperti lintah (sila bayangkan !)

Tengok gambar kat bawah ni... semua ihsan (bukan abg ehsan ye....) www.google.com

gambar 1

gambar 2

gambar 3

So, korang yang ada ayah/ibu atau mana2 saudara mara terdekat, yang ada simptom2 macam ni. Saya suggestkan korang bawa cepat jumpa doctor ok !

p/s : doakan lelaki (ayah) saya sihat. Lelaki saya kuat dan cepat sembuh. =)


Hai...korang, dah lama sangat Keju borak dan menconteng2 kat sini. Alhamdulillah, dah masuk 2014. Yang pasti mesti terlampau banyak sangat memori, kenangan dan pahit getir (amboih..bahasa macam perit sangat kan) 

"Selamat Tahun Baru" untuk semua ye...

Macam Keju (dah umur masuk hampir 3series ni...memang nak bahaskan diri Keju = kak Ju) macam2 dah buat sepanjang 2013. Cuma, tak sempat nak share dengan korang. Inn Shaa Allah, Keju share sedikit demi sedikit ye. 

Em..dah macam nak lari tajuk kan....?
Ape yang paling romantis tu...??

Setelah hampir 10 tahun Keju kenal en.Hubby, tak pernah pun kami hangout untuk celebrate New Year. Memang tak pernah teringin atau nak sangat2. Sebab seronok lagi tengok bunga api yang meletop2 dalam TV dari bersesak2 kat luar.

Tapi..malam td, en.Hubby approved untuk join cousin Keju celebrate New Year kat KL Sentral. Kebetulan cousin Keju kerja kat situ.. 

Wow...!!!
Sangat2 seronok...bila bunga api tu betul2 depan mata...dah macam budak kecik dah Keju rasa..
Keju belanja satu gambar ok.




btw: Selamat Tahun Baru