Bila sebut pasal DIET
Pasti berkaitan dengan BERAT BADAN 
Mesti semua akan fikir pasal KURUS/GEMUK

Okay, sebelum itu...ape kate hari ini kite pecahkan otak2 kite supaya lebih terbuka
Firstly.. kita fahamkan dulu makna DIET

DIET :
Makanan yang diambil oleh individu

DIET SEIMBANG:

Pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrient
seperti protein, karbohidrat, vitamin, garam mineral, lemak, air dan serat dalam kuantiti yang diperlukan

Jadi...diet bukan bermaksud menahan lapar dahaga (ini konsep puasa)
Bila, korang berusaha untuk mencapai berat badan idaman, mesti korang cenderung untuk 'BERLAPAR'
Jadi, akan timbul konsep atau dialog mcm ni...

"Sorry..I tengah DIET..nak kawen, takut baju tak muat" 




Sungguh... ini adalah kenyataan, semua orang pun akan macam ni...(aku pun sama dulu)
Please my dear friends..itu konsep yang salah. Lepas ni aku tak mahu dengar ade orang guna ayat DIET untuk 'BERLAPAR'
kalau aku dengar..aku tepuk mulut korang okay!!!

Tapi...bila korang kuat lagi nak kurus..makin datang nafsu makan yang bagai BADAK
Maka...tertangguh dan tergantung2 lah hajat untuk kurus kan??

Dari merepek panjang2 dan aku faham korang pun tak syok nak baca...
Jom, baca sikit ape yang aku share...kot2 ade bakal2 pengantin yang tengah cari tips nak kurus kan

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melibihi usia 18thn di negara ini samaada mengalami masalah kegemukan atau berat badan (obesiti)."

Okay, mulai hari ni semua boleh berdiet (makan dengan seimbang-ikut keperluan)


Sumber : berita harian




Antara yang pernah aku amalkan....dan BERHASIL (megah nak share!!!)


  • Mulakan hari korang dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.
  • Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan (wajib korang amalkan) 
  • Makanlah sedikit sebelum korang menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis nanti (kalau tak aku comfirm korang akan makan sungguh2...)
  • Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayuran pada menu korang. Next korang boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.
  • Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad (setiap kali korang nak makan tengahari dan makan malam)
  • Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.(yang ini selalu aku amalkan. Cuma kurangkan garam ye sayang2)
  • Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan korang dari makan tengahari secara berlebihan.
  • Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.
  • Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Nak tahu kenapa? sebab korang masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
  • Kalau suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah, korang kena fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.
  • Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 
  • Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.
  • Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 
  • Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
  • Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda.
  • Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
  • Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
  • Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
  • Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
  • Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.
Banyak tak?? So..korang rajin2 baca ok. Lebih kurang 20 tips aku share...(kalau tak kurus jugak, aku tak tahu la)