A'FARMOSA MELAKA

Semalam (7.05.2015) sekolah buat trip untuk pelajar tahun 1 hingga tahun 6.
Seronok???
Biasalah...kalau kita jadi budak-budak pun mesti double triple seronok dapat ikut pergi rombongan kan?

Bila sebut pasal rombongan, teringat dulu masa sekolah rendah. Setiap kali nak ikut trip ke mana-mana, arwah abah mesti ikut dan temankan. Ini semua gara-gara mak dan abah kurang yakin dengan anak perempuannya. Risau tak boleh bawa diri. Risau kena buli 

Okay, sambung balik,

Trip sekolah ni hanya sehari. Kira pergi pagi balik petang.
Perjalanan kira-kira lebih kurang 2jam dari Shah Alam. 

Pelajar semua berkumpul di Masjid Negeri Shah Alam. Mak ayah pelajar kena hantar dan ambil anak mereka di sini.

Semua mak ayah ikut excited hantar anak, Dalam pkul 7pg semua dah get ready. Jangkaan nak gerak jam 7.30 pg. Tapi, atas masalah teknikal, 8 buah bas yang memuatkan 330 orang pelajar bersama 40 orang guru bertolak ke Melaka tepat jam 8 pg.

Sampai A'Farmosa sekitar jam 10.00 pagi, Hajat nak tengok "elephant show" tak kesampaian. Yelah, 330 orang mak cik dan pak cik kecik. Macam-macam kerenah, nak ke tandas apa semua bagai. Jadi, kami semua teruskan lawatan tengok binatang - binatang yang ada (yang ini ala-ala Safari) . Budak-budak.... bukan main seronok sangat dapat naik 'truck'.... tapi, tuhan saja lah yang tahu. Habis sakit-sakit satu badan. 
macam ni.... seronok sangat
banyak juga yang show yang mereka adakan. antaranya, animal show , bird show , multi animal show , cowboy show. 
Yang paling nak cerita masa dalam 'bird show' budak-budak IISSA ni memang kaya-kaya, jutawan, dermawan semua ada. Sanggup berebut-rebut buat donation untuk sekeping lukisan abstrak yang dilukis seekor burung. Haish..yang sebenarnya excited bila burung hinggap kat tangan kutip duit. 

Kesimpulannya, A'Farmosa ni sesuai untuk aktiviti anak-anak masa cuti sekolah. 
Cuma, barang-barang di sini mahal. 
Air mineral (jenama f&n) dijual pada harga RM 3.50
Minuman ringan pun RM 3.50
Ribena RM 5.00

Jadi, mak ayah kalau nak bawa anak-anak, kena bawa duit lebih atau sangat-sangat digalakkan untuk bawa air kosong sendiri

Kami bergerak pulang dari Melaka tepat jam 4.30 ptg, sampai Shah Alam hampir jam 7.00 mlm 

Jom layan gambar-gambar yang sempat dirakam dengan anak-anak syurga 

Zafran (dia sangat comel dan sopan)


pelajar tahun 1, tiba-tiba manja sangat






sibuk bagi monyet makan



depan reptilia house (masa ni teacher semua tengok jauh)







0 feedback your: