Alhamdulillah

aku gembira sangat..sedar tak sedar blog tercinta yang adakalanya berserabut dan bersawang dah pun mencecah 3 tahun enam bulan usianya. Wah..banyak sangat ke yang dah aku tulis?? Tapi, aku tahu memang tak ada sesiapa pun nak baca sangat tulisan aku ni. =)
apa pun sebabku menulis untuk diri aku. bila aku belek-belek tulisan yang lepas-lepas, terasa jahil pun ada. mana tak nya, dengan ayat dan bahasa yang kadang kala semacam  (abg cakap ini salah..dan sepatutnya SEPERTI) budak -budak. Kalau korang tak percaya...sila baca okeh!

Happy 3rd Anniversary LovelyBlog..

Dalam aku seronok dengan usia blog aku yang dah jadi seperti baby aku..ada lagi yang membuatkan aku sangat gembira.

Sebenarnya belum boleh dikira gembira,cuma aku dapat kongsikan yang aku sangat bersyukur. Nak tahu kenapa? Hari ini, pagi tadi...aku pergi interview. Memang sangat takut, gementar sangat. mungkin sebab nama organisasi yang GAH membuatkan aku tak senang duduk, tak senang tidur dan macam-macam. 

CIMB...mesti pernah dengarkan? Iyelah, institusi kewangan yang bertumbuh kat merata-rata tempat dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Betul tak? dan aku bakal bekerja dibawah anak syarikatnya iCIMB. Tak apa lah..dari aku menganggur,ini lebih baik dan aku terasa bagaikan rezeki aku disini... InsyaAllah...

Okay...proses interview macam biasa..ada soalan-soalan yang kadang kala membuatkan aku terdiam.Tak tahu nak respon apa. aku gagahkan juga menjawab sedaya upaya yang boleh. Si penemudua bukan main lagi mendesak macam-macam soalan. Aduh..sekali fikir, dapatkah aku kerja tu..bila fikir banyak kali, kalau ada rezeki tak kemana...mudah-mudahan..

Amin....


جورازیدا

0 feedback your: